Tuesday, October 27, 2015

Mengapa Perlu Amalkan Makan Buah Buahan

Mengapa Perlu Amalkan Makan Buah Buahan. Bermacam jenis buah yang ada didunia ini. Ada berbagai nama, bentuk, rasa, warna dan paling penting buah mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan pemakannya. Anda juga pasti mempunyai buah kegemaran sendiri. Lain orang lain citarasanya.


TAHUKAH ANDA MANFAAT BUAH UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA ?
Buah merupakan sumber vitamin dan berbagai jenis vitamin ada di buah.
Buah merupakan salah satu sumber air untuk tubuh yang dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
Buah merupakan salah satu sumber anti oksida semulajadi.
Memakan buah-buahan mampu mencegah tubuh dari serangan penyakit berbahaya.
KENAPA PERLU MAKAN BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Makan buah secara rutin dapat mencegah penyakit jantung, mencegah serangan kerusakan hati dan stroke.
Kandungan dalam beberapa jenis buah juga dapat mencegah penyakit kanser.
Mampu menjadi diet semulajadi yang dapat mencegah kolesterol.
Buah juga dapat mencegah tekanan darah tinggi.
Buah juga memiliki antioksida yang dapat menjaga kekebalan tubuh melawan penyakit.
Buah kaya akan vitamin, mineral, dan zat penting lainnya sehingga dapat mengekalkan kesegaran tubuh.
Amalkan selalu, pasti anda akan mendapat kesan positif dalam kesihatan dan kehidupan seharian.


Khasiat Jering Untuk Kesihatan


Khasiat Jering Untuk Kesihatan
1)Mengatasi Penyakit Anemia – Anemia adalah masalah kurang sel darah merah dalam tubuh. Ia berlaku akibat kekurangan zat besi yang mengakibatkan pengeluaran sel darah merah berkurangan. Bila sel darah merah kurang, pengeluaran oksigen dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh juga akan berkurangan. Ini akan membuatkan pesakit anemia merasa cepat penat, letih dan kurang bersemangat. Pengambilan buah jering yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dapat membantu mengatasi masalah kekurangan sel darah merah.
2) Mengawal Kadar Gula Dalam Darah – Individu yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis memang disyorkan untuk makan buah jering. Menurut kajian buah jering mengandungi zat gula yang mudah diurai dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Zat gula yang mudah urai ini akan menjadi tenaga oleh tubuh untuk meningkatkan stamina. Tidak seperti zat gula dalam makanan lain yang akan menyebabkan pengumpulan gula dalam darah.
3) Mengatasi Masalah Reput Tulang – Buah jering juga kaya dengan kalsium dan fosforus yang merupakan antara dua zat penting untuk kesihatan tulang. Untuk pengidap penyakit oeteoporosis atau reput tulang memang digalakkan mengambil buah jering untuk membuatkan tulang menjadi lebih kuat dan sihat.
4) Merampingkan Perut – Masalah perut buncit juga dapat diatasi dengan pengambilan buah jering. Buah kering dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan pembuangan air besar. Buah jering ini memang sesuai dimakan oleh individu yang mempunyai masalah sembelit.
TETAPI, pengambilan buah jering tidak sesuai untuk individu yang menghidap penyakit buah pinggang. Ini kerana buah jering bersifat diuretic yang mengandungi asid menyerupai kristal-kristal yang tidak dapat larut dalam air dan kemungkinan akan merosakkan lagi organ buah pinggang.